Thursday, March 25, 2010

Lama dah rasanya sue tak mencoret sesuatu di blog..teralpa memandangkan kesibukan masa,melewati hari demi hari..semalan sue terima panggilan telefon dr TM. Sue ada apply nak masuk strymex dr TM, tapi kena tunggu minggu depan katanya coz masalah kekurangan pekeja untuk pemasangan talian telefon..emm.. nampak gayanya lambat lagi la dapat guna talian internet di rumah


Petang semalam..Sue agak rajin sikit, setelah buat sikit popia, su masak asam pedas ikan merah untuk abang.. lapar agaknya dia..habis la gak asam pedas sue tu...Kakak taknak makan nasi, makan popia jer, tapi adik paling best sebab aper jer yang masuk dalam mulut pasti dikunyahnya.....


Memandang pada 2 orang anak Sue yang semakin membesar, sedar atau tidak rupanya Sue dan abang ni dah bertambah usia rupanya..


Tuesday, March 2, 2010

KEJOHANAN OLAHRAGA 2010 TELAH BERMULA

Panas sungguh petang semalam...start pukul 3 petang kami turun ke padang. Tugas sue sebagai pencatat. Tapi sempat jugak sue melaungkan sorakan semangat untuk rumah Temenggung...Alhamdulillah, ramai gak pelajar dapat tempat pertama larian petang nie.

Pulang sekolah 4.30 petang, terus amik akak n adik. Akak asyik merengek nak pi kedai. Tapi sue suruh dia tunggu babah..sue tak larat la, penat petang nie. Adik plak merengek nak susu, mujur adik terus tidur dapat la sue settlekan kain baju yang belum dicuci.

Nampak gayanya aktiviti penuh dengan membuat kerja rumah sahaja.......malam ni pun sue cepat tido....

Friday, January 15, 2010

PETI SUARA ALA PENYANYI ROCK

Dah seminggu suara sue serak macam suara Ella. Almaklum dah lama bercuti, peti suara pun lama berehat dah...Nie dah mula sekolah balik maknanya kelas vokal ku bermula la. Merenung muka student-student baru ku ajar...pelbagai persepsi boleh kutafsirkan.

Bukan mudah untuk mengetahui hati manusia.kan..sedangkan adik beradik kembar pun berbeza..apatah lagi lain ibu dan bapa. tapi pengalaman mengajar erti dewasa sedikit sebanyak sekilas ikan di air kutahu jantan betinanya.

Hari ni ada 1 kelas jer. Pengajian Perniagaan, kelas 6AIS, 2 masa, jenuh gak suara ni. Makin tak kuar ni....

Monday, January 11, 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2010

Selamat datang 2010...selamat tinggal 2009..semoga azamku tahun ni dapat ditunaikan. Insyaallah