Monday, November 2, 2009

TIPS UNTUK ELAK DIRI JADI PELUPA

"Akal yang kuat berada di dalam badan yang sihat"
Terdapat beberapa perkara untuk mengelakkan diri menjadi pelupa
  1. Elakkan dari memakan organ dalaman haiwan seperti PARU, HEMPEDAL, HATI dsb
  2. Pastikan tidak termakan atau terminum semut
  3. Jangan tengok aksi lucah or gambar pornografik
  4. Elak dr membaca tulisan di batu nesan
  5. Jangan makan terlalu banyak.bahagikan 1/3 ruang untuk makan, 1/3 untuk udara

Pastikan makan banyak makanan yang mengandungi B complex. Biasanya ada dalam tauhu or tempe. Anda juga digalakkan untuk menginggat sesuatu perkara dengan menyebut sesuatu sebanyak 3 kali berturut turut..

Sekian ;)

MASA OH MASA???

Lama rasanya tak menulis di blogku ni...terasa ingin mencatat sesuatu tetapi masa takde..betul ke masa tiada atau aku yang tak pandai agihkan masa..penat tak hilang.maklum la baru habis menanda gerak gempur P.Pengajian..yang akan datang kena buat kertas kerja untuk kem pp..taip pelbagai laporan....huh..selagi tak cuti selagi tu kerja datang silih berganti. tak sabarnya nak bercuti...ada 2 minggu lagi

Friday, August 7, 2009







Gambar ni baru je kami rakam semalam...., wajah terbaru babah ngn adik.... kakak sekali..


Adik memang periang orangnya, suka ketawa!!!Babah control macho la tuh!!!

Kakak plak memang tak boleh jumpa kamera. pasti nak tayang gigi macam iklan ubat gigi. jadi ala-ala model la tuh....bab bergambar mesti dia duduk depan...

Kakak memang terror nyanyi lagu "burung kakak tua" tapi versi dia la....


Mereka ni la penghibur ku di kala suka dan duka... Semoga keluarga kami diredhai Allah yang pastinya, dan berbahagia sentiasa.AMIN.....

Wednesday, August 5, 2009

Lama rasanya tak menulis .Hari ni pun dah 5 Ogos 2009. Alhamdulillah Sue dah selamat bersalin. Putera Sue, Dzikri Muammar pun dah menjangkau 4 bulan. Dah besar anak umie....

Thursday, February 19, 2009

Orkid Di Taman Miniku




Gembira rasanya bila dapat tengok orkid di taman mini Sue berbunga serentak!
Antara yang berbunga orkid 'dancing lady',dendrobium warna purple, putih dan kuning coklat.
Tapi lupa nak amik gambar orkid 'dancing lady'. Orkid jenis ni paling selalu berbunga. Sue dapat benihnya dr Haji Nazeri. Beliau bagi banyak anak benih termasuk orkid 'Kutai'. tapi sekarang tak berbunga. Daun je yang rimbun. kata Haji, orkid Kutai jenis orkid hutan. Seingat Sue orkid tu sekali berbunga yang mana bunganya juntai ke bawah. Wangi bunganya. Dah 2 tahun Sue bela akhirnya berbunga gak.
Teringat masa membeli anak pokok orkid tahun lepas. Orkid jenis dendrobium semuanya Sue beli kat Nursery Rozai kat depan Politeknik Tanjong Malim. Setelah jenuh menunggu barulah satu persatu orkid Sue berbunga!
Seronoknya! Baru meriah! Walaupun taman Sue tak seberapa cantik dan kemas... tapi Sue yang sememangnya peminat bunga terutama orkid dapat gak 'cuci mata' setelah lama menanti!

Thursday, February 12, 2009

Rumahku , Surgaku


Akhirnya dapat gak miliki blog sendiri,masih dalam percubaan nie. bak kata pepatah masih HIJAUlah....terkial - kial click sana sini. Tq Haji Nazeri n k.Shima coz sudi tlg. Buat k. Ida yang selalu suruh edit blogku yg kosong nie.Pemangkin tuh......


Diperkenalkan.....
Nie lah keluargaku.....
Cik abangku Musa......
Puteriku Dayana Maisarah...
masa nie maisarah baru dlm 6 bulan.. kecik lg, sekarang kakak dah masuk 2 tahun. bakal dpt teman baru.
Sekarang ni kandunganku masuk 9 bulan. tunggu masa je
takut pun ada. Kalau dulu masa kakak, kena operate coz 'cord round neck'. harap2 kali ni dapat bersalin secara normal...